28 Jun 2007

Ilmuwan Muda Sertai Ekspo Hari Koperasi N.Sembilan

Ilmuwan Muda akan menyertai ekspo Hari Koperasi Negara Peringkat N.Sembilan pada 6-8 Julai 2007 di tapak bekas kem Paroi , Seremban ( berdekatan dengan Stadium Negeri ).

Warga Seremban yang berminat untuk dapatkan buku buku Islamik terutama yg berbahasa Inggeris (buku2 ni tak terdapat di MPH atau Popular kat Seremban ni) boleh temui kami di gerai jualan no.81. Anda sekeluarga juga boleh bermain sand art disana nanti.

Inilah kali pertama Ilmuwan Muda menyertai ekspo di kawasan Seremban walaupun bertapak di Seremban. Sebelum ni , Ilmuwan Muda pernah juga menyertai Ekspo /karnival tetapi semuanya di Selangor. Antaranya Karnival Usahawan Muslim di Bangi3, Pesta Air Negeri Selangor di Bagan Lallang, Mini Ekspo Pesta Memancing Sepang Putra, Majlis Mailidurasul di Masjid Kota Warisan, Karnival Produk Muslim di Masjid Kajang dan Hari Perpustakaan di KUIS.

Jumpa anda di sana!

Tiada ulasan: