Sedarilah bahawa RASA INGIN TAHU itu penting.
Berfikir dengan mandiri itu penting.
Tidak guna harta bertimbun jika anak kita tidak tahu berfikir.
Biar anak dihujani ilmu tapi jangan dihujani materi.
Jadikanlah pendidikan itu satu kebiasaan, bukan kemewahan itu satu kemestian.
MENCINTAI ILMU
Misi kami ialah mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan kanak-kanak hingga remaja.
Peranan sebagai ibubapa bukan sekadar menyalurkan ilmu, tetapi membimbing anak-anak mencintai ilmu serta pandai mencari ilmu tanpa disuruh.
Konsep ilmu yang kami sediakan, tidak hanya terhad pada buku-buku semata-mata tetapi merangkumi kraf, permainan dan pelbagai aktiviti menjadikan sumber ilmu kami lebih dekat dan serasi dengan jiwa kanak-kanak dan remaja agar mereka merasakan
ilmu itu suatu yang menyeronokkan.

Pepatah arab ada menyebut;
Didikan semasa kecil seperti mengukir di atas batu,
didikan ketika dewasa seperti mengukir di atas pasir.