Halaman

MENCINTAI ILMU

Misi kami ialah mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan kanak-kanak hingga remaja.

Peranan sebagai ibubapa bukan sekadar menyalurkan ilmu, tetapi membimbing anak-anak mencintai ilmu serta pandai mencari ilmu tanpa disuruh.

Konsep ilmu yang kami sediakan, tidak hanya terhad pada buku-buku semata-mata tetapi merangkumi kraf, permainan dan pelbagai aktiviti menjadikan sumber ilmu kami lebih dekat dan serasi dengan jiwa kanak-kanak dan remaja agar mereka merasakan
ilmu itu suatu yang menyeronokkan.



Pepatah arab ada menyebut;

Didikan semasa kecil seperti mengukir di atas batu,
didikan ketika dewasa seperti mengukir di atas pasir.

28/05/2009

Ilmuwan Muda Di Seremban Centre Point

Ilmuwan Muda akan membuka sebuah kedai menjual barangan berasaskan pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja secara rasminya pada 1 Jun 2009 di Lot F41, Tingkat Satu, Seremban Centre Point, Jalan Dato Siamang Gagap, Seremban.



Di samping itu, kami juga akan membuka gerai di Cruise Tasik Putrajaya sepanjang cuti sekolah bermula pada 30 Mei hingga 14 Jun 2009.