Halaman

MENCINTAI ILMU

Misi kami ialah mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan kanak-kanak hingga remaja.

Peranan sebagai ibubapa bukan sekadar menyalurkan ilmu, tetapi membimbing anak-anak mencintai ilmu serta pandai mencari ilmu tanpa disuruh.

Konsep ilmu yang kami sediakan, tidak hanya terhad pada buku-buku semata-mata tetapi merangkumi kraf, permainan dan pelbagai aktiviti menjadikan sumber ilmu kami lebih dekat dan serasi dengan jiwa kanak-kanak dan remaja agar mereka merasakan
ilmu itu suatu yang menyeronokkan.



Pepatah arab ada menyebut;

Didikan semasa kecil seperti mengukir di atas batu,
didikan ketika dewasa seperti mengukir di atas pasir.

05/07/2011

CD Interaktif Prasekolah : Intelek Jawi




CD Program Intelek Jawi merupakan asas pengenalan huruf dan asas bacaan Jawi yang difokus khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Komponen penting Program Intelek Jawi terbahagi kepada 3 aspek utama
1) Pengenalan Huruf Jawi.
2) Kaedah Menulis Huruf Jawi
3) Mempraktik Asas Bacaan Jawi.

Program Intelek Jawi mengandungi 3 CD

CD 1
- Terbahagi kepada 3 bahagian - Mengenal huruf, menulis huruf dan melakar huruf.

CD 2
- Terbahagi kepada 3 bahagian - huruf vokal, bacaan sukukata dan bacaan mudah.

CD 3
- Menampilkan bahagian mempraktik bacaan, penggunaan huruf hamzah dan perbandingan Jawi dan Rumi.

Harga Promosi : RM 100.00

Untuk DEMO, sila layari   http://119.110.108.125/mmedia/Jawi%20Siri%201.html

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Khairul 012 2770375 atau emel ilmuwanmuda@hotmail.com.