
Mengajar anak anda tentang keseronokkan oleh Linda & Richard Eyre.
Dalam buku tersebut menyatakan satu kajian yang mendedahkan bahawa;
Ibu seorang kanak-kanak yang bijak tidak mengajar anak mereka sepanjang masa tetapi mengajar anak mereka hanya apabila anak-anak mereka MAHU belajar.
Kajian tersebut mengambil sample daripada kanak-kanak yang mempunyai persamaan dari segi latar belakang iaitu daripada keluarga yang baik, golongan kelas pertengahan dan mempunyai ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa.
Satu kumpulan mempunyai IQ yang tinggi dan cemerlang dalam pelajaran manakala kumpulan yang satu lagi rendah IQ dan kurang cemerlang dalam pelajaran.
Matlamat kajian ialah menentukan di mana wujud perbezaan antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Para pengkaji mengambil masa untuk mencari jurang tersebut. Mereka gagal mencari di mana jurang tersebut ketika mengkaji persekitaran persekolahan hinggalah mereka memulakan kajian terhadap suasana rumah kanak-kanak tersebut.
Jurang perbezaannya ialah IBU mereka.
Ibu kepada kanak-kanak yang cemerlang dan tinggi tahap IQ mereka (Ibu kumpulan A) adalah seorang penasihat. Menyayangi anak-anak mereka tetapi memberi
ruang kepada anak-anak mereka untuk membesar mengikut acuan anak-anak itu sendiri. Memberi kebebasan, menyediakan persekitaran yang menyenangkan dan memperuntukkan masa untuk anak-anak mereka (tetapi bukan keseluruhan masa mereka). Mereka mempunyai minat lain selain daripada anak-anak mereka. Tetapi ibu kumpulan A ini mempunyai pengetahuan mengenai kaedah didikan yang berkesan untuk anak-anak mereka dan membimbing anak-anak terhadap apa yang anak-anak mereka gemari dan membimbing ketika anak-anak mereka ingin dibimbing. Mereka memberi peluang untuk anak-anak mereka membesar.
Tetapi ibu-ibu daripada kumpulan C pula adalah ibu yang terlalu kerap membimbing, terlalu melindungi dan terlalu banyak mengajar anak-anak mereka sehingga mereka yang berfikir untuk anak-anak mereka. Mereka terus-menerus mengajar dan mendidik tanpa mengira sama ada anak-anak mereka berminat atau tidak. Mereka lebih banyak mengurus daripada menasihati anak-anak mereka. Akhirnya anak-anak mereka menjadi takut mencuba dan kurang keyakinan diri dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah.
Ibu kumpulan "A" juga menyediakan persekitaran yang teratur, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anak-anak mereka belajar dan berfikir sendiri. Barang-barang atau peralatan yang merbahaya dialihkan. Persekitaran begini membolehkan anak-anak bergerak bebas dan pergerakan mereka tidak akan disekat dengan perkataan ‘Jangan’.

Sebenarnya ibu daripada kumpulan C lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak mereka tetapi masa itu dipenuhi dengan aktiviti mengurus, memaksa dan memprogram anak-anak mereka. Ini yang merosakkan IQ dan perkembangan anak-anak mereka. Anak-anak yang lemah IQ ini tidak nampak keseronokkan dalam kehidupan orang dewasa seperti yang dipaparkan oleh watak ibu mereka. Mereka tidak belajar untuk susah, tidak belajar menyelesaikan masalah, tidak tahu mengambil keputusan atau mencari peluang.
Paling menyedihkan ialah ibu-ibu kumpulan C ini beranggapan apa yang mereka lakukan ini betul. Mereka rajin dan sanggup berkorban. Mereka beranggapan bahawa kepentingan anak mereka lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri.
Bagi ibu kumpulan A pula, mereka sedar 10 minit ketika anak mereka ingin menghabiskan masa bersama ibu mereka lebih bernilai daripada berjam-jam bersama anak mereka tetapi anak-anak mereka tidak berminat langsung.
Dalam buku tersebut menyatakan satu kajian yang mendedahkan bahawa;
Ibu seorang kanak-kanak yang bijak tidak mengajar anak mereka sepanjang masa tetapi mengajar anak mereka hanya apabila anak-anak mereka MAHU belajar.
Kajian tersebut mengambil sample daripada kanak-kanak yang mempunyai persamaan dari segi latar belakang iaitu daripada keluarga yang baik, golongan kelas pertengahan dan mempunyai ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa.
Satu kumpulan mempunyai IQ yang tinggi dan cemerlang dalam pelajaran manakala kumpulan yang satu lagi rendah IQ dan kurang cemerlang dalam pelajaran.
Matlamat kajian ialah menentukan di mana wujud perbezaan antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Para pengkaji mengambil masa untuk mencari jurang tersebut. Mereka gagal mencari di mana jurang tersebut ketika mengkaji persekitaran persekolahan hinggalah mereka memulakan kajian terhadap suasana rumah kanak-kanak tersebut.
Jurang perbezaannya ialah IBU mereka.
Ibu kepada kanak-kanak yang cemerlang dan tinggi tahap IQ mereka (Ibu kumpulan A) adalah seorang penasihat. Menyayangi anak-anak mereka tetapi memberi

Tetapi ibu-ibu daripada kumpulan C pula adalah ibu yang terlalu kerap membimbing, terlalu melindungi dan terlalu banyak mengajar anak-anak mereka sehingga mereka yang berfikir untuk anak-anak mereka. Mereka terus-menerus mengajar dan mendidik tanpa mengira sama ada anak-anak mereka berminat atau tidak. Mereka lebih banyak mengurus daripada menasihati anak-anak mereka. Akhirnya anak-anak mereka menjadi takut mencuba dan kurang keyakinan diri dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah.
Ibu kumpulan "A" juga menyediakan persekitaran yang teratur, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anak-anak mereka belajar dan berfikir sendiri. Barang-barang atau peralatan yang merbahaya dialihkan. Persekitaran begini membolehkan anak-anak bergerak bebas dan pergerakan mereka tidak akan disekat dengan perkataan ‘Jangan’.

Sebenarnya ibu daripada kumpulan C lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak mereka tetapi masa itu dipenuhi dengan aktiviti mengurus, memaksa dan memprogram anak-anak mereka. Ini yang merosakkan IQ dan perkembangan anak-anak mereka. Anak-anak yang lemah IQ ini tidak nampak keseronokkan dalam kehidupan orang dewasa seperti yang dipaparkan oleh watak ibu mereka. Mereka tidak belajar untuk susah, tidak belajar menyelesaikan masalah, tidak tahu mengambil keputusan atau mencari peluang.
Paling menyedihkan ialah ibu-ibu kumpulan C ini beranggapan apa yang mereka lakukan ini betul. Mereka rajin dan sanggup berkorban. Mereka beranggapan bahawa kepentingan anak mereka lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri.
Bagi ibu kumpulan A pula, mereka sedar 10 minit ketika anak mereka ingin menghabiskan masa bersama ibu mereka lebih bernilai daripada berjam-jam bersama anak mereka tetapi anak-anak mereka tidak berminat langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan