12 Mac 2008

Pertandingan Mewarna Akhir









Pertandingan Mewarna Akhir anjuran Ilmuwan Muda dengan kerjasama Time Out Zone telah berlansung pada 8 dan 9 Mac 2008. Kesemua peserta yang layak ke pusingan akhir datang pada kedua-dua malam itu. Ada 1-2 orang saja yang tak dapat datang kerana mengikut mak ayah yang balik kampung kerana nak mengundi.


Tema lukisan pada peringkat akhir ialah ' Saya Seorang Angkasawan' . Ilmuwan Muda sengaja memilih tema ini kerana 'angkasawan' adalah antara yang paling hangat diperkatakan sejak Malaysia menghantar angkasawan yang pertama. Di samping itu, Ilmuwan Muda mahu memupuk minat kanak-kanak supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu walaupun ia kelihatan sesuatu yang mustalil.

Tema ini susulan daripada tema pada peringkat awal iaitu ' Saya Ingin Jadi Angkasawan'.

Juri pada pertandingan akhir ialah En. Alan, seorang peniaga di Time Out Zone dan juga seorang pelajar industrial design di UITM, wakil Time Out, En. Xaxier Ong dan wakil Ilmuwan Muda, saya sendiri.

Bagi kategori A ( 5-6 tahun) , tempat pertama dimenangi oleh Si Yu Hui, kedua, Erin Adriyana dan ketiga, Choong Hon Bin.

Manakala bagi kategori B ( 7-9 tahun) , tempat pertama dimenangi Chong Xin Yeh, kedua, Chong Jing Chuan dan ketiga, Vanessa Chin Yue Qi.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Syed Abdul Rahman, CEO Time Out untuk kategori A dan En. Futra, VP Time Out untuk kategori B.
Ilmuwan Muda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para kesemua peserta, ibu bapa, pihat Time Out dan insyallah kami akan menganjurkan pelbagai pertandingan untuk kanak-kanak dan remaja di masa akan datang.

. .

Tiada ulasan: