25 Mac 2008

SURVIVAL ANAK-ANAK MELAYU

.

Sudah hampir 2 minggu pilihanraya berlalu. Seperti yang semua sedia maklum, keputusannya memang di luar jangkaan. Tetapi hidup ini memang penuh dengan sesuatu yang tidak disangka. ILMUWAN MUDA melihat ini dari sudut positif. Setiap perubahan adalah perlu. Contohnya, usia manusia. Ia perlu meningkat. Kalau niat di hati ingin kekal muda, tetapi secara realitinya, jika manusia memang kekal muda, adakah itu menjanjikan kebahagiaan?

Yang pasti, ILMUWAN MUDA dapat melihat, Malaysia mula mengamalkan dasar terbuka. Apakah selama ini Malaysia tidak terbuka? Tidak terbuka kerana selama ini, Malaysia tertutup. Tertutup kerana ingin memelihara KETUANAN DAN HAK MELAYU. Tetapi keadaan semakin terdesak. Seperti negara China dan Thailand yang mengamalkan dasar tertutup suatu ketika dahulu, akhirnya terpaksa membuka pintu mereka. China kini menjadi gergasi ekonomi dunia. Dasar tutup pintu yang mereka amalkan dulu baik juga kerana dapat mengelakkan penjajahan barat terhadap negara mereka. Tetapi dasar buka pintu mereka sekarang juga tidak kurang kebaikannya.

Orang Melayu juga, walaupun mempunyai dasar untuk melindungi kepentingan Melayu, tetapi dalam dunia yang semakin pantas dan sempadan yang semakin hilang maknanya, sama ada kita suka atau tidak, MUNGKIN dasar yang memelihara KETUANAN DAN HAK MELAYU akan pupus.

Sebagai ibubapa, ILMUWAN MUDA merasakan kita perlu mempersiapkan anak-anak kita dengan kemungkinan ini. Jangan kita menyalak atau menyalahkan sesiapa atau apa-apa pun, tetapi perhatikan dan renungkan apa yang berlaku sekarang. Orang Melayu sebenarnya tidak memerlukan Dasar sebagai payung tetapi mereka ada kelebihan sendiri, kelebihan individu Melayu yang terpendam. Ilmuwan Muda merasakan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menggilap kelebihan itu agar anak-anak kita di masa depan menjadi payung terhadap diri sendiri. Ibubapa perlu menggilap anak-anak mereka menjadi individu yang masih boleh survive walaupun dasar yang melindungi orang Melayu sudah tidak ada lagi. Orang Melayu bukan maju kerana Dasar, tetapi maju kerana kelebihan dan kebolehan bangsa Melayu itu sendiri.

Ayuh! ibubapa sekelian, jangan lena lagi. Anak-anak memerlukan bimbingan anda.

Tiada ulasan: