2 Apr 2008

Smart Kids 2008 Ekspo Pendidikan Kanak-Kanak Terbesar di Malaysia


Ekspo pendidikan kanak-kanak terbesar ini adalah acara tahunan dan tahun ini telah diadakan pada 21-23 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra.


Maklumat lanjut tentang ekspo ini boleh didapati dengan melayari laman http://www.smartkids.com.my


Ilmuwan Muda telah ke ekspo ini untuk melihat produk-produk terkini untuk pendidikan anak-anak kita. Banyak produk yang ada, hanya ibu bapa saja perlu memilih yang sesuai dengan keperluan anak-anak mereka dan keperluan masa depan mereka.


Secara peribadi, Ilmuwan Muda tertarik dengan satu produk yang dinamakan Mandarin Magic.

Ini adalah CD belajar bahasa Mandarin untuk anak-anak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Cina. Dikeluarkan oleh syarikat dari Singapura. Kandungannya amat menarik dan harganya pula berpatutan. Penuh dengan permainan dan anak-anak belajar bahasa Cina dengan bermain. Tidak memerlukan guru atau bimbingan. Ia sebagai satu alat untuk mendedahkan anak-anak dengan bahasa Cina sebelum pendidikan secara formal diberikan.



Mengapa produk ini? Ilmuwan Muda melihat kepada kepentingan mempelajari bahasa Cina itu sendiri.


Dalam dunia tanpa sempadan, pertembungan antara bangsa dan antara bahasa semakin kerap berlaku dan kemahiran berbahasa menjadi kemahiran yang amat penting.

Seseorang yang mengetahui lebih bahasa dilihat mempunyai peluang kerja yang lebih cerah.

Orang yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa, mampu membina jaringan antara organisasi. Jaringan yang luas sebenarnya mencipta peluang yang lebih untuk melangkah lebih jauh. Mereka yang mahir pelbagai bahasa, bukan sahaja mencipta peluang untuk tempat dia bekerja tetapi mencipta peluang untuk dirinya sendiri.


Ilmuwan Muda merasakan melengkapkan anak dengan kemahiran lebih daripada satu bahasa adalah salah satu strategi yang membawa kebaikan di masa depan.


Tiada ulasan: