Pendidikan di peringkat pengajian tinggi memerlukan kos yang besar. Tambahan pula bila anak-anak kita yang masih lagi kecil sekarang (1-5 tahun) dan akan meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi dalam masa 13-17 tahun lagi. Semestinya kos pengajian ketika itu akan terus meningkat.
Sekiranyanya kos pada masa sekarang RM50,000 untuk pengajian kejuruteraan selama 4 tahun di Universiti Swasta di dalam negeri, dianggarkan perbelanjaan ketika itu, mungkin mencecah RM100,000 (dengan kadar inflasi 4 % setahun)
Ibu bapa tidak lagi boleh bergantung kepada sumber biasiswa kerajaan . Di samping itu, persaingan untuk mendapatkan biasiswa sangat sengit. Malah peruntukan biasiswa JPA untuk bumiputera yang ditawarkan oleh kerajaan juga semakin berkurangan.
Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memulakan sendiri dana pendidikan anak.
Salah satu cara untuk membentuk dana pendidikan adalah melalui pelaburan saham amanah. Sebaik-baiknya kita hendaklah memulakan dana pendidikan melalui pelaburan unit amanah SEAWAL mungkin. Jadikan masa yang panjang sebagai rakan kita supaya pelaburan kita meningkat akibat kesan daripada compound interest.
Sebagai contoh, di bawah adalah perbandingan pengiraan pelaburan untuk anak yang baru berusia 1 tahun dan 5 tahun yang akan mula melanjutkan pelajaran pada usia 18 tahun.
Umur anak -1 tahun
Pelaburan permulaan :RM1000
Pelaburan secara berkala : RM200 sebulan
Purata pulangan tahunan : 8 %
Tahun pelaburan : 17 tahun
Jumlah terkumpul : RM90,238
Umur Anak - 5 tahun
Pelaburan permulaan : RM1000
Pelaburan secara berkala : RM200 sebulan
Purata pulangan tahunan : 8 %
Tahun pelaburan : 13 tahun
Jumlah terkumpul : RM57,403.
Hanya kerana lewat melabur selama 4 tahun, kita telah kerugian keuntungan sebanyak
RM 23,235 ( selepas ditolak pelaburan bulanan selama 4 tahun RM9600)
Kerana itu kita mesti memulakan dana pendidikan ini SEAWAL mungkin.
P/S Untuk pengiraan secara terperinci, sila hubungi saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan