Halaman

MENCINTAI ILMU

Misi kami ialah mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan kanak-kanak hingga remaja.

Peranan sebagai ibubapa bukan sekadar menyalurkan ilmu, tetapi membimbing anak-anak mencintai ilmu serta pandai mencari ilmu tanpa disuruh.

Konsep ilmu yang kami sediakan, tidak hanya terhad pada buku-buku semata-mata tetapi merangkumi kraf, permainan dan pelbagai aktiviti menjadikan sumber ilmu kami lebih dekat dan serasi dengan jiwa kanak-kanak dan remaja agar mereka merasakan
ilmu itu suatu yang menyeronokkan.



Pepatah arab ada menyebut;

Didikan semasa kecil seperti mengukir di atas batu,
didikan ketika dewasa seperti mengukir di atas pasir.

19/03/2011

Sand Art Untuk Hari Ibu (Mother's Day)



Sempena menyambut Hari Ibu ( Mother's Day) pada 8 Mei tahun ini, Ilmuwan Muda ingin menawarkan promosi aktiviti bermain sand art bertemakan Hari Ibu kepada Taska, Tadika dan Prasekolah.

Kad sand art ini bersaiz Medium (M) = 6.5" lebar x 9.5" panjang ; 16.5cm lebar x 24.1cm panjang. Kad sand art ini berkualiti tinggi, tebal serta buatan Malaysia.

Setiap kad sand akan disertakan dengan 10 bungkus warna (5 gram setiap satu), pencungkil gigi dan plastik untuk menyimpan kad sand apabila sudah siap diwarnakan.

Harga Promosi hanya RM 2.50 sekeping untuk pesanan minimum sebanyak 30 keping (berharga RM 5 -RM 8 di pasaran untuk kad sand art saiz ini). Anda boleh pilih sendiri design mana yang anda mahu. Setiap design minimum 10 keping.

Kos penghantaran hanya RM 10.00 Semenanjung Msia dan RM 20 S/S untuk semua pesanan.

Bagi di luar Seremban, penghantaran menggunakan POSLAJU.
Bagi Taska/Tadika/Prasekolah di sekitar Seremban, Ilmuwan Muda akan menghantar terus kepada Taska/Tadika/Prasekolah anda.

Bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun CIMB Islamic Ilmuwan Muda 05120000412108.

Tarikh Akhir Pesanan : 5 April 2011

Pesanan akan mula dihantar pada 20 April -29 April 2011.

Sekiranya berminat, sila nyatakan info dan hantar ke FB atau emel ilmuwanmuda@hotmail.com

Nama Taska/Tadika/Prasekolah:
Alamat:
No telefon:
Jumlah pesanan:
No Design dan kuantiti :
Jumlah Pembayaran:
Bukti pembayaran : copy/paste jika guna internet banking atau berikan butir2 tarikh, masa jika menggunakan kaunter/mesin deposit tunai.

Contoh :-
Nama Taska/Tadika/Prasekolah: Tadika Ilmuwan Muda
Alamat: F41, Tingkat Satu, Seremban Centre Point, 70300 Seremban
No telefon: Khairul 012 2770375
Jumlah pesanan: 100 kad
No Design dan kuantiti : M1 -30 keping, M2-10 keping, M20-60 keping
Jumlah bayaran: 100 x 2.5= RM 250 + RM10 (kos penghantaran) =RM 260
Bukti pembayaran : bayaran RM260 pada 1/4/11 jam 12.00 pagi.